Skip to main content

NICCOLO MACHIAVELLI

Related image

BIOGRAFI         


                     
Niccolo Machiavelli merupakan seorang sejarawan dan ahli falsafah pada zaman pembaharuan yang lahir di Florence (Firenze),Itali pada tanggal 3 Mei 1469.Beliau adalah anak kedua dari Bernardo Machiavelli dan Bartolomea de’ Nerli. Ayahnya merupakan seorang ahli hukum yang berasal dari keluarga bangsawan.Pada tahun 1502,Machiavelli telah menikahi Marietta Corsini yang kelak memberinya enam orang anak. Machiavelli sangat beruntung kerana ayahnya , Bernardo telah memberikannya pendidikan awal yang sangat baik kepada dirinya. Seawal usia 7 tahun,beliau telah pergi ke Master Matteo ' pada peringkat pertama bagi sekolah formal untuk mempelajari bahasa Latin. Pada umur 12 tahun ,Machiavelli berjaya menamatkan pelajarannya pada peringkat kedua dan meneruskan pengajian ke sekolah yang terkenal oleh seorang guru bernama Paolo da Ronciglione .Akhirnya ,Machiavelli menghabiskan kehidupannya di University of Florence dan mendapat anugerah terbaik dalam latihan klasikalnya dari Marcello Adriani. Beberapa orang gurunya yang terkenal termasuklah Maestro Matteo dan Paolo da Ronciglione.Dan akhirnya Machiavelli sendiri berkembang menjadi seorang politikus dengan idea-idea yang konkrit , praktis, dan peka terhadap prioriti-prioriti tindakan.


KARYA



Related imageBuku the Prince(Sang Penguasa) yang ditulis pada tahun 1513 oleh Machiavelli kini digelar salah satu karya terawal dunia dalam bidang falsafah moden. The Prince , merupakan sebuah panduan untuk memupuk seorang pemimpin yang ideal bagi menjamin kebebasan rakyat,penguasaan tampuk kerajaan dan kebebasan dari pemberontakan dan serangan luar.Prinsip utama karya ini adalah Machiavelli mengharuskan apa sahaja penggunaan kaedah,taktik atau strategi bagi memperoleh kejayaan.Pengalamannya dalam bidang politik membolehkannya menulis the Prince dengan bentuk penerangan yang terperinci kepada masyarakat serta pembaca tentang prinsip atau teori politik yang ingin dibincangkan.Demikian itu, karya ini membincangkan topik yang berbeza-beza seperti cara pengambil alihan kuasa,bagaimana menguasai bidang ketenteraan,panduan sifat-sifat sebenar pemimpin dan pelbagai lagi.The Prince ini hanya dapat dicetak untuk terbitan orang ramai pada tahun 1532, iaitu lima tahun selepas kematian Niccolo.Penerbitan buku ini secara meluas mendapat kecaman orang ramai berikutan prinsip politik yang dipaparkan jauh berbeza daripada   kebiasaan.

FALSAFAH POLITIK

Falsafah politik yang dipopularkan Machiavelli ialah persoalan bagaimana ingin mendapatkan sesebuah kuasa.Beliau menyatakan bahawa persoalan ini tidak boleh dikaitkan dengan persoalan moral tetapi persoalan bagaimana ingin menjadikan kuasa itu stabil dan terus kekal.Baginya politik dan moral ini dua bidang yang berbeza dan tidak ada hubungan antara satu sama lain.Maka,dapat difahami tujuan utama berpolitik bagi seorang pemimpin atau penguasa itu adalah untuk mengekalkan dan mengamankan kekuasaan kerajaannya.Seorang pemimpin itu juga ditegaskan perlu ada satu sifat yang dipanggil ‘virtue’ iaitu sifat dimana ingin menjadi seseorang yang lebih efektif. Mengikut Niccolo,seorang pemimpin itu perlu berusaha dalam memastikan perasaan takut menyelubungi rakyatnya,kerana “ketakutan” itu penyebab individu yang diperintah menjadi taat dan patuh pada penguasa.Machiavelli juga menggalakkan penggunaan kuasa yang bertindak kejam dan ganas asalkan kekuasaannya stabil serta terpelihara daripada ancaman.Ini kerana,falsafah Machiavelli mengutamakan keutuhan pentadbiran berbanding moral pentadbiran itu sendiri.


Image result for quotes from machiavelli

Comments